baik. mulai kiriman yang ini, saya akan tulis dalam bahasa melayu sehingga saya memperbaiki dan meningkatkan penggunaan bahasa inggeris saya. cehwah. skemalah pulak. eh. bukan memang ke. haha. afieqah nerd. hehe. jahat betul. hari sabtu tak dapat tulis ape-ape begitu juga hari ahad. busy busy busy.
sabtu tu, syafiqah, khatijah, izyan, atiqah datang rumah. sebenarnya plan nak tengok movie tapi apa yang kami buat pada hari tu memang jauh dari apa yang telah dinyatakan. haha. kitorg, sebaliknya, gi amik gambar, berkaraoke, joget2 cam orang tak tentu hala tapi masih terkawal ok. kita pun susah nak percaya yang kita boleh menari dengan diorg. tak malu afieqah. dan, waktu diorg masuk bilik, perkataan pertama yang keluar kan "wah" dan "cantik ah bilik" dan pipi saya mula rasa panas dan merah tapi tapi, dalam hati, kakak aku yang buat sebenarnya. dan, petang tu, waktu tengah borak2 kat bawah, kita ternampak ada katak kat sebelah dan kitorg suma terlompat. hehe. agak kelakar pulak rasa. malam tu tak sempat nak tulis pape.
ahad pulak, pagi tu, lebih kurang pukul 11, kita ikut ayah dan ibu berangkat ke melaka. haha. rasa pelik sikit pulak bila pakai bahasa melayu. rasa macam nak pakai english word tapi, sebagai seorang rakyat malaysia- dengan nada yang penuh dengan semangat patriotik- kita harus berbangga dengan bahasa ibunda kita. ok. mungkin sekali sekala bolehlah tulis dalam bahasa inggeris. kene lah belajar rajin-rajin baru lah wordpower dia de Oomph!! haha. dah melalut pulak afieqah ni. ok. kitorg gi melaka sebab ada kenduri kahwin dekat durian tunggal. bestlah gak sebab dapat jumpa ira. ramai jugak oh yang ada. orang yang tak disangka-sangka pun ada. -orang yang duduk kat asrama lah tu- rasa gembira bila hubungan silaturahim mula terjalin dengan lebih erat. cehwah afieqah. i should get used to it.
petang tu, sebenarnya nak bercadang untuk ziarah kubur datuk lah kan sebab kubur datuk dah taruk dapur. pak ndak hari tu kata lawa. tapi memang ah, keajaiban, hujan lebat. bukan keajaiban sangat cuma kat kampung jarang hujan. panas pulak tu sebab tak banyak pokok, datuk tebang semuanya. memang panas gua cakap sama lu. tak dapatlah ziarah kubur datuk. lain kalilah ya tuk. kalo ika rajin nanti ika baca yassin ke siram dengan air bunga ke. jadi, petang tu, kitorg pergi rumah mak long manja. meriah betul. yelah, rumah tu banyak budak kecik. kat rumah kita, suma dah besar. tak sabar nak dapat anak saudara. baru meriah sikit. tapi nanti status dah naik. tak best tak best. tapi, ada benda pelik berlaku tau. black out ah. hehe. pasang lilin je lah jawabnya. rasa romantik seh. tapi nasib baik budak tu dah balik. muahahaha. kalo tak menggangu jer. penat oh bila melayan teletah budak2 kecik tu. tapi best. malam tu balik lambat oh. sampai kl pergi deen kejap. perut lapar oh.
and yeah. lupa pulak. semalam thinking day oh. girl guides stuff. tau tak apa tu thinking day. semalam 22 feb kan. 22 feb merupakan tarikh lahir lord baden powell - pengasas pengakap- dan isterinya, olave baden powell. tengok tu. pengakap dengan pandu puteri adik beradik tau. special. hehe. best ke tak eh kalo suami isteri share satu birthdate? jadi, semalam diisytiharkan sebagai thinking day. theme untuk tahun ni;
"Girls worldwide say ; we stop the spread of AIDS, malaria and other diseases."
isnin plak, hari ni lah tu. agak best. hari ni demam sikit ah. tak tau sebab kene hujan ke ape. yang agak menggeramkan ialah subjek pertama ialah kemahiran hidup. kene buat kerja kayu pulak. berhabuk. memang rasa rimas. dah lah lemah bab bab bertukang ni. waktu agama pulak. baca ah. hangat ni. ustaz sepak kerusi oh sbb dia dh bengan dgn budak2 laki yg sememangnya kurang ajar tu. rasenya, kelas 2I boleh dengar oh. mesti diorg suspen. mmg seram ah wktu tu. waktu mathemetic pulak, kitorg dh ade cikgu ganti. best ah. ada jugak cikgu. cikgu ni pun agk sporting. balik tu, pn. sharifah nak start lecture tapi tak jadi sebab hujan.
tu jelah kot. malas nak tulis panjang2. lgpun, besok ada latihan rumah sukan. kene rehat betul2 ah. badan rasa panas lagi ni. lgpun, tak makan lagi. kih kih. selamat malam korang.
p/s ; sori lah sebab takde gmbr. malas nak upload. nnti bila kita rajin, kita upload banyak2 eh.
No comments:
Post a Comment