Friday, February 27

flashback....

pagi ini, afieqah bangun dengan mata yang bengkak -lagi- teruk giler ah afieqah nangis semalam. petang tadi macam tak best sangat ah. rasa macam ada kekosongan. ceyhwah. sampai2 kt sekolah, jai tegur "pergi rumah afieqah tak ajak orang". let me get it straight. camne nak ckp dgn dia kalo dia dh mcm bodyguard fina. takpelah jai. lain kali eh. waktu english sepatutnya kene buat oral test tapi tak buat lagi. alyaa, fatin tak ready lagi. takpelah. jadi, afieqah ada masa lagi. lepas tu pulak, pergi jumpa ms. tan. - terserempak dengan ms. tan waktu nak gi makmal sebenarnya.- afieqah pun bagitau lah yang afieqah takleh pergi desa water park nanti. susah betul nak tahan dari nangis. hehe. waktu agama pulak, ustaz tak mengajar. best lah gak. daripada ustaz mengajar perh, gila boring. ustaz kene memperbaiki cara dia mengajar agar lebih seronok dan juga bahasanya kerana saya rasa ustaz masih menggunakan bahasa lama. haha. berceloteh pulak afieqah. balik tu, kakak la tengah tengok gambar2 waktu kat PD dulu, afieqah pun apa lagi. join ah sekali. tergelak habis ah. nak tengok ? jap eh.

dapat jumpa yang ni jelah. gambar yang lain kat komputer yang lagi satu. ok. flashback ke belakang lagi nak. ok. semalam je cukup.

tak ingat sangat ah. yang afieqah dapat ingat, waktu sivik, kitorg ada cikgu baru, cikgu roz namanya. Cikgu Roz ni rupanya, kakak cikgu Normawati. cikgu sains kitorg dulu. loghat, muka dan stail diorg sama. sape yang tak syak. rindu cikgu norma. ada gambar dengan cikgu dulu. nak tengok. jap jap. tak jumpa lak. nnti bila dh jumpa fieqah taruk k.

lepas tu, bm, afieqah memalukan diri -lagi- lepas rehat, ada latihan kawad kaki. ah. kawad. my passion. hehe. dah lama tak kawad. lagipun kitorg practise untuk peringkat negeri sekali. excited babe. petang tu, ms.lee tak datang. jadi, kitorg happy mcm always. haha. malam tu, afieqah kasi surat yang afieqah dapat petang tu kat ayah. lupa lak. petang tu, afieqah dah bayar rm18 untuk desa water park tu. mmg happy ah mood waktu tu. sambung balik. surat tu pasal kem smart solat. nak pergi mmg nk pergi. tapi on the same day dgn trip ke desa water park tu. pastu ayah masuk bilik pastu jerit. terkejut afieqah. afieqah bagitau lah jgn kerit sebab buat afieqah terkejut je kan tapi dia kata mana ada jerit. geram betul. dia kata tak boleh pergi desa water park pulak. tu sebab afieqah nangis gler tu.. memalukan. flashback satu hari lagi jom!!

rabu pulak dah. afieqah terpaksa datang awal sebab ada ujian prs. susah betul. lg susah dr matematik sebab math boleh pki calculator. ceh, takdelah susah sgt. pastu, waktu bm, afieqah kene duduk kat depan, cerita pasal bab 2 dr novel pahlawan pasir salak. afieqah pun berceritalah tanpa sebarang persediaan. waktu afieqah bercerita, afieqah terlupa satu part dan afieqah pun gi cakap "sori sori, terlajak". i didn't know whether that considered as funny or humiliating. hoho. tak dpt nk ingat lain lagi ah. takpe ah. jumpa lagi eh. night night.

No comments: